Make your own free website on Tripod.com

Panduan dan Adab-adab Berdoa

Rasulullah bersabda, 'Dan sesungguhnya doa itu (dapat memberi manfaat kepada yang telah diturunkan. Dan tiada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa. Oleh itu berdoalah kamu.' (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Pada hadis yang lain, baginda bersabda, "Doa adalah senjata orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya dari langit.' (Hadis riwayat Hakim)

Hikmah Berdoa

1) Doa adalah pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2) Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambanya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

3) Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketakwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

4) Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.' (ar-Ra'du 28)

5) Dengan berdoa Allah akan menimbulkan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu Rahmat.' (Hadis riwaya Ad-Dailami)

6)Doa merupakan penghubung di antara anak dengan ke dua ibubapa sama ada masih hidup ataupu telah mati. BAgi ibubapa yang telah meninggal dunia maka dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang (sentiasa) mendoakannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

7) Berdoa adalah ubatpenyembuh bagi segala penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

8) Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah.' (Hadis riwayat Muslim)

Panduan Agar Doa Diterima Allah

1) Memahami dan mengerti akan maksud serta makna doa yang diminta. Kita boleh menggunakan apa-apa juga bahasa sewaktu berdoa asalkan kita memahami dan mengerti akan maksud yang diminta itu. Namun sebaik-baik bahasa yang harus digunakan adalah bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat melalui wahyu yang datang dari Allah. Selain itu semua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah juga adalah dalam bahasa Arab.

2) Berdoa dengan penuh keikhlasan hati serta merendahkan diri semata-mata kerana Allah.

3) Berdoa dan meminta kepada Allah dengan sebenar-benar permintaan dan dilakukan dengan bersunguh-sungguh.

4) Tidak berdoa dan meminta kepada sesuatu perkara yang mustahil, sesuatu perkara yang buruk atau pada perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.

5) Berdoa dengan penuh khusyuk dan keyakinan diri bahawa doa yang dihajatkan itu akan diperkenankan oleh Allah.

6) Berdoa, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah iaitu dengan memelihara dan menjaga setiap suruhan dan larangan-Nya.

7) Tidak pernah berputus asa di dalam doanya sekalipun permintaannya itu lambat dimakbulkan oleh Allah malah sentiasa beristiqamah, sabar dan menyerah diri kepada Allah.

Doa Yang Cepat Diperkenankan Oleh Allah

1) Doa dari para Malaikat.

2) Doa dari para Nabi dan Rasul.

3) Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.

4) Doa dari orang yang soleh dan bertakwa.

5) Doa dari ke dua ibubapa ke atas anak-anaknya.

6) Doa dari anak yang soleh kepada ke dua ibubapanya.

7) Doa dari orang yang dizalimi.

8) Doa dari orang yang berpuasa.

9) Doa dari orang tua dan kanak-kanak.

10) Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.

11) Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syarak.

Sebab-sebab Doa Tidak Diperkenankan Oleh Allah

Seorang ulama Sufi Basrah yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham menyenaraikan 10 sebab kenapa doa seseorang itu tidak diperkenankan oleh Allah iaitu,

1) Kita mengaku mengenali Allah, tetapi tidak pernah menunaikan hak-hakNya dengan melaksanakan segala suruhan-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

2) Kita mengaku menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekalipun mengikuti sunnahnya.

3) Kita mengakui bahawa syaitan adalah musuh yang peling ketat teteapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4) Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungannya.

5) Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat dan dosa.

6) Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama tetapi tidak pernah melihat keaiban sendiri.

7) Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allahberikan tetapi tidak pernah sekalipun bersyukur dan berterima kasi di atas pemberian-Nya.

8) Kita mengiringi dan mengebumikan jenazah di perkuburan tetapi tidak pernah meahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9) Kita tahu dan yakin bahawa keatian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10) Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-orang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Adab-adab Dalam Berdoa

  1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kekotoran, hadas dan najis.

  2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah (s.a.w).

  3. Menghadap ke arah kiblat.

  4. Memohon ampun dengan merendahkan siri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang dilakukan sebelum berdoa.

  5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

  6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.

  7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

  8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

  9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, apakaian ataupun pekerjaan.

  10. Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhannya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Waktu Yang Terbaik Untuk Berdoa

  1. Waktu sahur

  2. Waktu selepas Azan

  3. Waktu sepertiga malam

  4. Waktu hujan lebat

  5. Waktu melihat Kaabah

  6. Waktu tawaf dan saei

  7. Waktu setiap kali selepas solat

  8. Waktu setiap kali selepas membaca Al-Quran

  9. Waktu hampir untuk berbuka puasa

  10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat

  11. Waktu di antara dua khutbah

  12. Waktu di antara Iqomah dan solat

  13. Waktu berkumpul di dalam majlis ilmu atau majlis zikir

  14. Waktu di dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan

  15. Waktu semasa meminum air zam zam

Hari-hari Yang Terbaik Untuk Berdoa

  1. Malam Jumaat dan waktu siangnya.

  2. Malam hari raya dan waktu siangnya.

  3. Malam Lailatul Qadar

  4. Malam Israk dan Mikraj

  5. Malam Nisfu Syaaban.

  6. Malam pertama bulan Rejab.

  7. Hari Arafah.

Bulan-bulan Yang Terbaik Untuk Berdoa

  1. Bulan Rejab

  2. Bulan Syaaban

  3. Bulan Ramadan

  4. Bulan Zulhijjah (Bulan Haji)

Tempat-tempat Yang Terbaik Untuk Berdoa

  1. Di rumah sendiri.

  2. Di Multazam, Masjidil Haram.

  3. Di telaga Zam-zam, Masjidil Haram.

  4. Di makam Nabi Ibrahim.

  5. Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.

  6. Di Bukit Safa dan Bukit Marwah.

  7. Di raudah Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi.

  8. Di tempat-tempat mulia yang lain seperti masjid, surau dan rumah ibadah.

  9. Dalam Masjidil Haram di kala melihat Kaabah atau di sisinya.

  10. Di tempat-tempat wajib haji seperti di Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga Jamrah.

-->-->

Berita

Islamic Software

Fekah

Islam dan Sains

-->
Design downloaded from FreeWebTemplates.com
Free web design, web templates, web layouts, and website resources!